<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener("load", function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID=34227873&amp;blogName=Layari+Bahasa&amp;publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&amp;navbarType=BLUE&amp;layoutType=CLASSIC&amp;searchRoot=http%3A%2F%2Fcendekiawan-np.blogspot.com%2Fsearch&amp;blogLocale=en_US&amp;homepageUrl=http%3A%2F%2Fcendekiawan-np.blogspot.com%2F" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" frameborder="0" height="30px" width="100%" id="navbar-iframe" allowtransparency="true" title="Blogger Navigation and Search"></iframe> <div></div>
Cendekiawan
Bahasa melambangkan bangsa.
Tiada melayu, tiadalah kita.

Sebuah Kelab Bahasa dibawah naungan Persatuan Bahasa Melayu Politeknik Ngee Ann (MCC)

Latihan
Masa: Setiap Rabu, 6ptg
Tempat: #73-03-19

Email
cendekiawan.npmcc@gmail.com

Pantun Kita

Pergi ke sekolah bertemu kawan,
Kawan khianat menjadi lawan,
Keluarga kami keluarga bahasawan,
Kalau tak percaya tanyalah cendekiawan!

Cik Minah membeli kuih kalsui,
Di kedai runcit “sedap sekali”,
Bahasa Melayu tetap dikuasai,
Bahas, mengacara, pantun dan puisi.

Melompat-lompat seekor belalang,
Dengan warnanya hijau yang terang,
Walaupun kecil kami tetap berjuang,
Jihad kami agar bahasa cemerlang.

Bulan mengambang cantik bercahaya,
Burung berterbangan di ruang angkasa,
Selain bahasa kita berkeluarga,
Mengeratkan silaturahim diantara kita!

Hari raya masak lodeh,
Dihidang bersama sambal tempeh,
Cende pantas, tiada berdalih,
Pegangan kita, yakin pasti boleh!

Sampai disini sahaja pantun kami,
Lepas sesi hari ini, jangan angkat kaki,
Lestarikanlah bahasa ini,
Ikutilah bimbingan ketua Nazmi.

Kata-Katamu




SiapaKita?
Mula dilayari oleh, Saudara Hakim Yusoff.
Kemudian oleh, Saudari Azlina Subari.
Lalu dilayari oleh, Saudari Hidayah Aziz.
Dan kini, Saudara Mohd Nazmi.

Bersama dengan rakan Cendekiawannya
Untuk memupuk minat dan cinta kepada Bahasa.
Pemahkotaan Perbahasan, Puisi/Sajak, Pengacaraan dan Cakap Petah terus disemai,
Kerana sesungguhnya, Bahasa itu, aku pertaruhkan, demi Bangsaku.



Berita Terkini Tentang Bahas 4PM 2009
@ Tuesday, June 23, 2009 11:05 AM

Assalamua'laikum wr. wb.
Berita Terkini Tentang Bahas 4PM 2009!!

Pertama, Bermula Pada 29,30,31 May Di perkampungan Bahas 2009. Yang Telah mewakili Politeknik Ngee Ann ialah,

Saudara Mohammad Nazmi
Saudara Muhammad Idzuan
Saudara Amalina Sahlan
Saudara Amira-Tun Nafisah

Pada Hari Berkenaan kita Dipisahkan Kepada Kumpulan pelbagai Sekolah. Sedikit gambar dan Sedutan Video akan Saya tunjukkan! :)

Pada hari kedua, Kami telah Bertanding di peringkat Saringan.
Politeknik Ngee Ann VS Maktab Rendah Tampines
Diatas Mauduk "Masyarakat Singapura Lebih Bergantung Kepada Pemerintah"
Nasib Menyebelahi kami dan Kami Maju keperingkat Suku Akhir. :)

Oh ya!! Amalina Sahlan Menjadi Pembahas Terbaik Untuk Pertandingan Saringan ini! Tahniah!! :)

Yang Kedua, Bermula pada 10jun 2009, Suku Akhir Bahas 4PM 2009

Politeknik Ngee Ann VS Madrasah Aljuneid
Diatas Mauduk "Pemboikotan Barangan Asing Dapat Menyelesaikan Konflik Antara Negara"
Nasib Tidak Menyebelahi Kami,

Namun Begitu, Kami Dipilih Untuk Mara Ke Peringkat Separuh Akhir!! :)

Yang Ketiga, Bermula Pada 22 Jun 2009, Separuh Akhir 2009

Hanya Empat Sekolah Terpilih!

Maktab Rendah Anglo Chinese
Maktab Rendah Raffles
Madrasah Aljuneid
Politeknik Ngee Ann.

Lalu Pada Hari Berkenaan,
Politeknik Ngee Ann VS Madrasah Aljuneid
Diatas Mauduk, "Ilmu Sains Mendatangkan Lebih Banyak Masalah Daripada Menyelesaikannya"

Nasib Tidak Menyebelahi Kami Juga Kali Ini dan memandangkan Pusingan ini adalah pusingan Kalah Mati,

Hanya,
Madrasah Aljuneid
Maktab Rendah Raffles

Layak Kepusingan Akhir. Tahniah Keatas Mereka! :)
Yang Terakhir Sekali,

Sungguhpun Kami Telah Tumpas, Namun Sesunggunya saya Amat kagum Dengan Pencapaian Kami Di Bahas 4PM Kali ini.

TahuKah anda, Buat Julung2 kalinya, Kami Berjaya menjejakkan kaki ke peringkat separuh akhir!

Dan Yakini Kata - Kata Saya, Ini yang pertama tetapi tidak mungkin yang terakhir bagi kejayaan kami!! insyaallah!! :)

Tahniah Saya ucapkan Kepada Wakil Cendekiawan Di perbahasan 4PM 2009

Mohammad Nazmi
Muhammad Idzuan

Amalina Sahlan

Amira-Tun Nafisah

Kami Akhiri Perbahasan 4PM Tahun 2009, Dengan Kekalahan Yang bermaruah!! Kerana Kami telah memberikan tentangan Hebat kepada pihak Lawan. Bukan sahaja kata kami, Tetapi kata penonton dan pengadil sendiri. :)

Tahniah Cendekiawan Secara Keseluruhannya!! Kejayaan Yang Amat Besar Pada Tahun Ini!! :)

SayangSayangSelalu,
Mohammad Nazmi
Cendekiawan.

PS: Gambar & Video akan dimasukkan secepat mungkin k! :)
Penghargaan kepada yang Harus Dihargai. :)
@ 10:46 AM

Assalamua'laikum wr. wb.

Penghargaan Bagi yang perlu dihargai

Pertama Sekali, Ingin Saya Bersyukur ke hadrat Ilahi Atas Kejayaan Politeknik Ngee Ann Di dalam Perbahasan 4PM Tahun ini.

Kedua, Wajib Saya Mengucapkan Terima Kasih Kepada Seluruh CENDEKIAWAN Atas Bantuan Anda Di Dalam Setiap Peringkat Bahas Kami Terutamanya, Nisa,Nadiyah,Umairah,Irfan,Fadhuli, Lyana, Abidah, Tipah Dan Semua Yang Memberi Sokongan!! Dari Segi, Alam Maya atau Secara tutur kata! TERIMA KASIH KORNG!!! :)

Ketiga, Harus Saya Ucapkan Terima Kasih Keatas Kelab Kebudayaan Melayu secara keseluruhannya Diatas Sokongan Anda Di peringkat Suku dan Separuh Akhir. Tiada Sokongan Yang lebih Padu dari sorakkan Anda!! Diatas Pimpinan Ketua MCC Saudara Reza Fahmi!! Terima Kasih Kawan2 MCC Semoga Kita Mampu Mengecapi Kejayaan Dari pelbagai Sudut yang Berbeza. Insyaallah!! Aamin!! :)

Keempat, Harus,Wajib,Mesti, 'Must' Saya Ucapkan Jutaaaaaannnn Terima Kasih Diatas Didikan dan pertolongan Saudara Hakim Yusof dan Saudara Asraf Angulia!! Kalian Memang Aaaaaamat menolong!! Tanpa Anda Berdua, Kami Tidak Mampu Berjaya Sehingga SEMIS Buat Julung2 Kalinya dalam Sejarah 4PM. Terima Kasih!! Insyallah, Jika Ada Kesempatan Lain, Ingin Sekali Kami, Cendekiawan Berurusan dengan Anda lagi. Insyallah!! Terima Kasih dan Tepukan Gemuruh Kepada Anda Berdua!! :)

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG MENYOKONG CENDEKIAWAN DALAM BAHAS 4PM 2009!!! :)

Salam Sayang,
Mohammad Nazmi
Cendekiawan. =)

Photobucket