Tuesday, July 06, 2010


Pertama sekali, ingin kami ucapkan tahniah kepada 4 pembahas iaitu :

1 ) Nur Amalina Shalan
2 ) Muhd Hafiz
3 ) Muhd Nazmi Masagos
4 ) Nazurah Syazana

Alhamdulillah. Para pembahas kami telah dapat melayakkan diri ke pusingan terakhir Bahas 4PM Tahun 2010. Ia sememangnya merupakan satu kejayaan yang besar kerana ini merupakan kali yang pertama sebuah sekolah politeknik dapat melayakkan diri ke pusingan suku akhir, separuh akhir dan kini pusingan terakhir.

Bukan itu sahaja, ini merupakan kali pertama dalam sejarah Politeknik Ngee Ann dapat melayakkan diri ke pusingan terakhir Bahas 4PM.

Justeru, pada pusingan yang terakhir, kami akan bertikam lidah dengan pembahas - pembahas dari Maktab Rendah Innova pada :

Tarikh : Sabtu, 24 Julai 2010
Masa : 3ptg - 7 mlm
Tempat : Mediacorp

Sokongan anda sangat dialu-alukan !

No comments: